Tuesday, December 23, 2008

Proton Saga???


Alamak, dah tahap keboring aku nih.. Hari2 duk kat ofis temenung je muka orang.. Dulu lain lah kat sarawak enviroment ofis, skrg lain pulak enviroment kat sabah ni.. Wbagaimana pun sabar je lah, janji ada ada yang nak buat....

Copi n paste cerite bawah ni. Lucu n





Apek: Lu potong zaka ada bagut ka?
Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersihloo...
Apek: ?!! err ... saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh.... manyakploblem..
Ali: Apa problem?
Apek: Manyak buang lui, lagi aahh ... dia punya performance tadak bagut... manyak cinang semputloh ...
Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...
Apek: Lu ini puas sama itu potong zaka ka?
Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..
Apek: ???!!! err... lu punya 1.3 atau 1.5??
Ali: ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya 6 inci laa.. Apek: ??! Tiu nia ma... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6inci..
Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (opens his trousers)
Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu tunjuk lu punyalanchiau..
Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..
Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau... Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..
Ali: Aiya... apek.... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja.. Bukan potong zaka la...... proton saga........

* berhati-hati lah bila berborak2 dgn rakan2 ya..

Sunday, December 21, 2008

Pengelaman menyedekahkan fatihah & zikir.


Assalamualaikum Wbkt.


Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN


Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah, Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal. Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun. Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah, ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya. Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin. Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas,tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allahsampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu 'alam

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPATKEREDHAAN ALLAH SWT.

- post by hamba Allah melalui e-mail saya.



'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...Bismillahirrahmanni rrahim'
Tafsirannya: Aku ber lindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.



Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad.Allahussamad. Lam y ali d walam yu-lad. walam yakul lahukufuwanahad. ) sebanyak 3 k ali . Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranyatiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.



Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib)yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 'Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratulmustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).



Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalamjangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surahAl-Ikhlas tiga kali . Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianyasama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baikianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: 'Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyali d walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.






Nota : Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.


Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wassalam ...

What should i and u do after have a new childborn - praktik dan study about it.

1. Azan dan iqamat

-Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
-Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”


2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
-Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.


3. Memberi nama yang baik
-Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”


4. Tahnik (Belah Mulut)
-Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
-Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.


5. Cukur rambut
-Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
-Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
-Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
-Adalah dilarang membuat jambul.Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”


6. Aqiqah
-Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
-Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”




Wallah-hu-allam



Kemungkinan ada yang tersilap dan yang tiada dalam tersebut, haraplah tuan menambah atau memberi komen tentang tersebut.







*note : gambar baby tersebut adalah gambar anak buah saya yang berusia setahun.